Advanced Search
Home | Berita   |  Acara  |   Forum  |   Galeri Gambar   |   Daftar   |   Hubungi Kami 
Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Menu Utama
Ahli Baru
mimawarr 2010/8/29
Manjasuria 2010/8/19
shahz09z 2010/8/2
ruthyelv 2010/6/6
memske2 2010/4/27
Who's Online
5 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 5

more...
E-group Shortcuts
Posted by kayown on 2007/9/21 14:17:27 (727 reads)

Salam all,

Kolej MARA KUlim (KMK) memerlukan bantuan kewangan untuk kerja2 pembesaran surau bagi menampung keperluan pertambahan pelajar. Di hari yang baik dan bulan yang baik ini, saya mewakili badan MUAFAKAT KMK mengambil kesempatan menjemput saudara/saudari kawan2 sekelian untuk ber'amal jariah.

Setakat ini MUAFAKAT KMK telah memperuntukkan RM10,000 di samping ada tambahan dari sumber2 kecilan yang lain. Anggaran jumlah yang masih diperlukan RM15,000. Pihak KMK telah menyediakan kertas cadangan seperti dibawah.

Insya'allah, marilah kita sama2 ber'amal jariah, untuk tujuan yang berkekalan dan berterusan. Buat makluman semua, bahagian yang akan dibesarkan adalah di sebelah kanan surau, tambahan sehingga tebing anak sungai ~20 kaki lebih. Juga untuk membuat dinding di bhg belakang surau, sebagai penghalang air masuk akibat banjir. Baru2 ni kejadian banjir menenggelamkan carpet surau. Projek cuci dan jemur carpet masih dijalankan.

Semua sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Persatuan seperti di bawah. Sila SMS kepada saya (Nasaruddin 012-4077860 ATAU Puan Dr Nabsiah Wahid 012-4723183) sertakan nama, tarikh deposit dan amaun sumbangan.


PERSATUAN LEPASAN MRSM KULIM DI KL

MBB 564016401635

KL Main Branch



Wassalam,

Newt 050/78





Read More... | 3033 bytes more | 1 comment

Posted by kayown on 2007/9/10 12:43:27 (609 reads)

Tahniah pada KULIMA A yang sekali lagi membuktikan kehebatan depa untuk menjadi juara untuk 2 kali berturut-turut, menewaskan X-4 A masa final yang berlangsung pukui 12.30 malam. Semi finals menyaksikan Gen-2 A melawan X-4 A, X-4 A menang 2-0 dan satu lagi semi-finals, KULIMA A mengalahkan Killer 3-1.

Perjalanan kejohanan berjalan amat lancar pasai koordinasi yang baguih oleh Event Management team yang dikepalai oleh Lajis dengan anak-anak buah dia (sori lupa nama hampa, Mon morning blues). Semua pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan termasuk Killer.

Marsbatch C yang memang menjadi team decoy Marsbatch yang telah bermain pada game pertama kejohanan telah menewaskan Bongsu A, 5-0, satu upset! Gol pertama kejohanan pula telah dijaringkan oleh yours truly (ehem!). Kami menyangka yang kami akan top group A bila mendahului Killer dlam game kedua kami, 1-0 sehingga minit ke 8 bila salah sorang pemain utama kami, Azman Shamsuddin (Man) tiba-tiba injured dan Killer mengambil peluang itu dengan menyumbat 2 gol berturut-turut. Lepaih tu tak cerita lah no!

Kejohana kali ini turut disaksikan oleh Cikgu Teh Sharifuddin yang turun dari Kulim untuk memberikan sokongan kepada pemain-pemain. Kedatangan dari semoa team amat memberangsangkan tapi tak sebaguih last tournament, mungkin pasai hujan lebat sebelum perlawanan dan final Piala Malaysia menyebabkan ada yang tak dapat mai.

Official and full-results akan hanya dikeluarkan sebaik saja lepaih diaudit oleh juruaudit bertauliah kejohanan. Penyampaian hadiah akan berlangsung di satu waktu yang akan diumumkan kemudian oleh Persatuan AnsaraKu kita.

Kami AJK kejohanan yang terdiri dari Presiden AnsaraKu - Shahrul, Esa Sudin, Mat Boya, Rosdi Sudin, Lajis dan semoa managers-managers team ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semoa pemain dan penyokong-penyokong kerana telah menjayakan kejohanan bagi edisi kali ini.

Abdullah Sani


Posted by kayown on 2007/8/14 12:44:20 (893 reads)

Assalamualaikum,

Saya telah diminta untuk memaklumkan pemergian saudara kita dari Marsbatch, Allahyarham Zainal Abidin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Bidin. Kami minta maaf tak memaklumkan sebab ingin mendapat maklumat dan maklumat tersebut telah diperolehi pada hari sabtu 11/8/07.

Arwah telah meninggal pada 28 Februari 2006, lebih setahun yang lalu. Kami cuma dapat tahu setelah kelas Theta 78 membuat jejak kasih.

Maklumat lanjut berkenaan tahlil dan kutipan derma buat keluarga arwah akan kami maklumkan.

Kay Own
(bagi pihak Marsbatch)


Cerita dimuka seterusnya

Read More... | 4010 bytes more | 1 comment

Posted by kayown on 2007/8/9 18:04:05 (547 reads)

Assalamualaikum w.b.

Untuk makluman ex-Kulim semoa

Semalam, 8/8/07, tepat jam 10.45pm, di sebuah warung tomyam sebelah PETRONAS Jalan Kolam Air, selepas mempamerkan skill masing-masing di padang futsal Ampang Sports Planet telah diadakan mesyuarat tergempar Manager-manager pasukan futsal yang mewakili batch masing-masing dengan AJK Piala Pakcik Mail

Dilampirkan minit mesyuarat yang akan menjadi Rules & Regulations bagi pertandingan tersebut.

Di antara ahli-ahli yang sanggup bersengkang mata sampai tengah malam untuk melicinkan penganjuran futsal pada kali ini adalah:-

1. Pioneer- Ridhuan Ibrahim @ Pak Tam (Hadir)
2. Marbatch- Alan, Sting, Mat Khiarq
3. Killer- Rudy tak dapat dihubungi
4. X4- Tahir dan Azzahari (Hadir)
5. Kulima- Korak (t/Hadir)
6. Gen2- Nazrin(Hadir)
7. Bongsu- Azhar Saidin (t/Hadir)
8. Comitee Futsal yang dilantik: Badrul Mad , RonalDOL , Sudin (Hadir) dan Esa.(T/hadir)
9. Tuan Presiden Ansaraku- Shahrul Sazali (Hadir)
10. Jemputan: Anok(Kulima) untuk hal ehwal t/shirt (Hadir)



Perkara yang dibincang dan diputuskan


-1.Mandat sepenuhnya telah diberikan oleh Presiden AnsaraKu, Shahrul supaya komiti yang dilantik mempunyai kuasa 'Transformer' untuk merealisasikan futsal tahun ni.



0.Saya yang dok tengah makan kuehtiau goreng tiba-tiba telah dipilih menjadi Director of Communication and Event Promotion and Marketing. Tak buleh nak tolak takut tercekik, so telah merelakan diri. Bunyi title sikit punya dasyat tapi actually machai la tu.



1. Semua team mengesahkan penyertaan seperti berikut:

Pioneer- 1

Marsbatch-4

Killer-1

X4-2

Kulima-2

Gen2-2

Bongsu-2

Jumlah : 14 teams



2. Keputusan telah diambil untuk buat tshirt untuk tujuan tersebut mengikut warna yang telah ditetapkan seperti tahun lepas. Anok (Kulima) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal tshirt. Esa akan bertangungjawab dari segi design.



Colur untuk batches adalah seperti berikut:


Pioneer- Hijau

Marbatch- Hanya akan ditunjukkan pada malam 8/9/07

Killer- Oren

X4- Merah

KuLima- Hitam

Gen2- Biru

Bongsu- Pupple.


-X4 diberi privilege untuk menambahkan perkataan X4 at 40 pada tshirt depa untuk menandakan "Live Has Just Begun" mereka seperti yang kita anugerahkan pada killer last year. Atas permintaan mereka..tshirt depa tak ada tangan..konon macho..



-Pak Tam(Abang Long) menegur supaya jangan sesekali megunakan perkataan hijau tua untuk batch mereka. Pengunaan perkataan hijau tua telah menyebabkan batch depa under perform last year. Semua yang hadir akur dan tersenyum tanda respect..



3. Tempahan stadium telah dilakukan oleh Badrul Mad pada tarikh dan wktu seperti yang disyorkan, Sabtu, 8 September 2007 (beberapa hari sebelum posa), 8-12pm.



4. Format perlawanan 2 group of 7 teams, the first 2 in each group go for semi (cross over) and then final. Hadiah ada up to first 4 teams.



5. Hadiah akan diberikan pada masa dinner yang dicadangkan lepas raya.(Shahrul mengesahkan beberapa saat yang lalu). Pemenang kalau tak mai claim hadiah, hadiah depa akan diberikan kepada AJK sebagai pengganti.


Jangan lupa check email hampa untuk berita-berita terkini Piala Pakcik Mail yang akan diwar-warkan menerusi saluran internet kegemaran hampa, ex-mrsmkulim@yahoogroups.com

Yang Bertugas & dah stop makan kuehtiau goreng


ABDULLAH SANI @ Dollah Sani @ RonalDOL


Posted by kayown on 2007/7/31 9:53:07 (502 reads)

Futsal - Piala Pakcik Mail is back again for the year 2007.
Jangan lepaskan peluang untuk berentap menentang pasukan-pasukan mantap...

Acara ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 8 Sept 2007
Tempat : Ampang Sports Planet

Sila daftarkan kehadiran pasukan anda..

Untuk keterangan lanjut sila hubungi ;

Badrul Hisham Idris 012-2397808
Abdullah Sani 012-3296867
Rosdi Sudin 019-3813809
Esa Sudin 012-2123763

Maklumat-maklumat lain akan diumumkan dari masa ke semasa.

JUMPA DI SANA ... DI SANA .. DI SANA

n.b. Groups/ batch representative, please forward this announcement to your groupmail. tq.


« 1 2 3 (4) 5 6 7 ... 12 »
xoops powered